Wednesday, September 1, 2010

Kisah Nur Fazira Bt Ahmad

Salam... Terima kasih kepada Adik Fazira yang sudi berkongsi kisahnya setelah menjalani program bersama kami... Rasanya telah 8 bulan lebih adik jalani program.. Apapun, angah merasakan perlunya perkongsian ini untuk maklum balas daripada peserta ^^'

Nama : Nur Fazira Bt Ahmad
Email : syra_7720[at]yahoo.com
Sekolah (SPM 2009) : SMK Bukit Besi, Dungun, Terengganu
IPT (2010) : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis
Program (yang di sertai) : Kem Belia KETENGAH
Tarikh : 26-28/12/2009 

Anjuran : Kolej KETENGAH, Bandar AMBS, Dungun, Terengganu
Maklum balas : Memang best! Nak Join lagi ^_^' 



Sebelum ‘join’ program
Salam, di sini saya ingin berkongsi sedikit berkenaan ‘bestnya program ni’. Selepas di beritahu, saya di pilih untuk menyertai kem tesebut, rasa diri ini sangat ‘excited’ hehe.. Maklumlah, saya memang suka ‘join’2 program seperti ini. Ada juga pelajar yang tidak terpilih, tetapi pergi juga setelah di bawa oleh kawan-kawan lain. (Team EQ Sutra tak keberatan pula menerima kawan baru itu).

Pada awalnya tiba di Kolej Ketengah (Tempat program di jalankan), nampak seperti membosankan :p (selepas sesi pendaftaran dan di beri kunci bilik, saya dan kawan-kawan terus bergerak ke bilik masing-masing).. Selepas itu, sesi taklimat pun di jalankan dan aktiviti di jalankan selama 3 hari 2 malam itu...
Semasa ‘join’ program
Semasa ‘join’ program ni, banyak perkara yang saya pelajari dan saya rasa sangat sesuai untuk belia-belia di luar sana sertai pengisian / input yang di berikan oleh EQ Sutra.
Yang penting, saya dapat mempelajari ‘Team Work’ yang sebenar. Menghargai orang tersayang ( bukan couple2 ya :p ).. Program ni bukan lah ceramah-ceramah seperti kem-kem lain, dia lebih kepada aktiviti (jadi pendekatannya adalah 2 hala)
Semasa Aktiviti 'Karate Besi'
Aktiviti yang di lakukan sangat sesuai dengan jiwa seorang belia. Semasa program ni, macam-macam ragam yang ada. Maklumlah, peserta di kalangan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah di satukan di dalam sebuah program.
Aktiviti yang tidak saya lupakan adalah yang tutup-tutup mata tu... hehe.. Saya tahu, banyak juga program motivasi yang tutup-tutup mata ni, tetapi pendekatan EQ Sutra ingin mengukuhkan lagi JATI DIRI sebenar seorang remaja/belia.. Pesanan Motivator (papa, berbaju biru di atas), kadang2 orang yang merosakkan kita mungkin orang yang paling kita percaya! Kita perlu ada sifat asetif. 
Selepas ‘join’ program
Selepas program itu juga, saya dapat mengenali kawan-kawan baru yang sedaerah dengan saya =) Sebelum ni tak pernah jumpa pun..hehe.. Paling best apabila pengisian berkenaan ‘menghargai orang lain’.. Sangat-sangat menarik... EQ Sutra melatih kami agar 'menerima' orang lain seadanya.. Jangan sombong walaupun kita pandai, Jangan merendah diri jika kita tak pandai dan saya berasa lebih yakin apabila gaya berfikir saya telah di refresh oleh mereka..hihi...
Kelainan EQ Sutra
Aktiviti yang di jalankan pula ‘Tidak Membosankan’.. Cara pengendaliannya menarik dan yang paling penting TAK buat orang lain mengantuk...hahaha... Inputnya juga sangat-sangat memahami isi hati seorang belia dan banyak menggunakan pendekatan ‘caring’ dengan peserta (0_0)..

Penghargaan | Terima kasih kerana sudi untuk berkongsi cerita.. Untuk adik fazira, kami mendoakan agar adik berjaya dunia dan akhirat.. Jika kita mahukan dunia, perlu ada ilmu, jika mahu akhirat juga perlu ada ilmu dan jika mahu kedua-duanya pula juga perlu ada ilmu ^^' 

Ilmu itu tidak akan terputus selagi hayat kita masih ada, tetapi ilmu itu terputus jika kita tidak mencarinya ^^' Dekatilah pada yang Maha Memberi ILMU ^^'

Program ini juga di kendalikan oleh Team PRODIGY kit Kaunselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang di ketuai oleh Cr. En. Aziz Md Yatim.. Antara modul pengendaliannya adalah 'Belajar Berkesan' menggunakan 5 Domain..


Kisah adik, tertumpu pada program yang adik jalani..Jika adik ada kelapangan, sudikanlah berkongsi kisah perubahan sebelum dan selepas menjalani modul bersama EQ Sutra ya.. Ilmu yang di berikan adalah 'Kemahiran' hidup =) 

No comments:

Post a Comment