Monday, August 30, 2010

Pendiam, Tak Pandai Pulak....?

Salam...Syukur Alhamdulillah...

Semalam mendapat maklum balas dari seorang pelajar yang ingin saya kongsikan 'Pengalamannya' sebagai seorang pelajar satu tika dahulu.. Dia pernah menjalani sesi program bersama EQ Sutra dahulu.. Dia juga,  pernah menjalani sesi kaunseling selepas program itu berlalu.. Sejak UPSR, dia bukanlah pelajar cemerlang yang mendapat gred B, apatah lagi A.. 

Adakah dia memang bodoh? atau guru yang mengajar sambil lewa atau tidak mengambil perhatian sangat pada dia? wallahu'alam.. Tapi, melalui kisahnya dia sememangnya seorang pelajar yang tidak pandai.. Dah lah tak pandai, duduk pula kelas ketiga paling hujung.. Kawan-kawannya? pastinya di kalangan mereka-mereka yang sama dengannya.. Maklumlah, dia juga malu untuk berkawan dengan pelajar-pelajar yang pandai...

Bukan kerana dia sahaja yang malu, tetapi kawannya yang pandai itu ataupun kononnya pandai, malu untuk berkawan dengan dia yang bodoh itu.. Wah!, semakin rumit ceritanya itu.. Siapa yang mahu di persalahkan ya?.

Antara sebab lain yang dia akui adalah kerana 'Malas' dan 'Boring' belajar... Maksudnya tidak seronok lah tu... Katanya ketika di sekolah rendah, nafsu bermainnya sangat tinggi.. Dengan kurangnya kepandaian dari segi akademik, dia sangat kreatif orangnya.. Adakah orang yang kreatif ni kurang bijak dari segi akademik? atau dia lebih gemar membuat kerja-kerja yang kreatif daripada belajar akademik.. 

Jika kiranya dia lebih seronok belajar akademik, apakah dia akan lebih pandai dan bijak di dalam mendapat keputusan UPSR dan PMR nya? Inilah 'Kemahiran' yang perlu dia ada.. Yakni, bagaimana untuk 'Belajar Berkesan' dan 'Seronok Belajar'.. 

Namun, dia masih tidak memperolehinya.. Akibatnya, dia sangat kreatif untuk membuat sesuatu dengan 'benda' tetapi, kurang efektif di dalam akademiknya.. Hal yang demikian, berlarutan sehingga dia mengambil PMR..

Dirinya mula berubah apabila mula bertukar ke sekolah lain.. Tetapi semasa mengambil keputusan SPM juga masih tidak cemerlang.. Cuma ada lah peningkatan akademiknya itu... Selepas SPM dia di tawarkan pengajian sijil di politeknik, tetapi fikirnya dia tidak minat untuk masuk ke politeknik... (pencapaian sederhana, tetapi tak minat masuk politeknik).. Pelik tapi benar.. Selepas SPM, dia berjumpa kaunselor untuk membuat analisis personaliti dan kerjaya yang sesuai untuk dirinya.. Kaunselor tesebut juga adalah salah seorang penasihat EQ Sutra.

Hasilnya, dia mengambil keputusan setelah membuat kaji selidik berkenaan kerjaya yang sesuai dengannya.. Lantas, dia mengambil keputusan untuk mengambil STPM dan keputusannya? Straight A's ^^' 

Apabila di tanyakan soalan pada dia, pernahkah adik ke program 'kemahiran belajar'? Jawabnya balik pada saya, adakah program yang abang maksudkan itu program 'Teknik belajar'? SQ3R? Peta Minda? Teknik 1H 5W? dan berbagai lagi? 

Sepatah sahaja jawapan saya, ya.. tanda setuju dengan jawapannya...
Lantas, katanya: 'Saya kurang berminat untuk buat nota menggunakan kaedah itu..' Sambungnya lagi, Kemahiran yang saya perolehi semasa program EQ Sutra dahulu sangat bermakna.. Saya praktikkan 2 perkara asas dahulu.. 

Pertama, Bagaimana untuk Seronok Belajar dan kedua pula, Bagaimana belajar yang berkesan!

Soal saya semula: 'Bila adik mula praktikkan?' Jawabnya: 'Sejak saya mengambil STPM'. Saya hanya tersenyum jawapannya...

Fikirkan Seketika | Kisahnya sangat menarik.. Pelajar ini tidak lah di kategorikan 'Jahat' di sekolah.. Dia hanya seorang pelajar yang pendiam lantas tak pandai.. Jika di beri 1000 teknik belajar mahupun menghafal tanpa memberi 'Kemahiran' pada dirinya agar menggantikan 'Boring' belajar kepada 'Best' belajar di tambah pula 'Cara' belajar berkesan.. InshaAllah, ramai pelajar di kategori ini akan berjaya..

Apapun, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita ^^' Saya masih menunggu kisah seorang pelajar nakal, namun katanya dia belum bersedia untuk bercerita..Walaupun saya tahu kisahnya (melalui sesi kaunseling) saya lebih gemar dia sendiri yang bercerita...

*Kini, pelajar yang 'pendiam dan tak pandai' itu melanjutkan pelajaran di UPSI di dalam bidang Ekonomi..

2 comments:

  1. salam..mohon penjelasan bg frasa berikut:

    "Jika di beri 1000 teknik belajar mahupun menghafal tanpa memberi 'Kemahiran' pada dirinya agar menggantikan 'Boring' belajar kepada 'Best' belajar di tambah pula 'Cara' belajar berkesan.. InshaAllah, ramai pelajar di kategori ini akan berjaya.."

    terima kasih..

    ReplyDelete
  2. wasalam..

    Terima kasih kerana bertanyakan soalan.. Pastinya 'cahaya sakinah' belum pernah menyertai program2 yang pernah di jalankan oleh kami..

    Mengikut pendekatan EQ Sutra, setiap pelajar mampu untuk berjaya, jika mereka NAK berjaya.. Ramai di kalangan mereka SEDAR bahawa KEJAYAAN itu penting untuk masa depan mereka..

    Persoalannya kini, WHY? Mereka tidak tahu atau tidak pasti jalan kejayaan itu.. Bukan kerana mereka tidak SEDAR, tetapi mereka 'KURANG KEMAHIRAN' untuk meneroka diri mereka lantas, KESEDARAN itu hanya tinggal KESEDARAN, tanpa apa-apa tindakan...

    Itu hanyalah asas program yang kami jalankan.. Kami memberi KEMAHIRAN mengikut keperluan peserta.. Ramai pelajar di ajar pelbagai teknik mengingat dan menghafal tanpa mereka ketahui di mana kelemahan dan kekuatan mereka..

    Jawapan kepada persoalan 'cahaya sakinah' telah pun di jawab oleh adik di atas bahawa, perkara yang dia lakukan adalah:-

    'Pertama, Bagaimana untuk Seronok Belajar dan kedua pula, Bagaimana belajar yang berkesan!'

    Ianya bukan program bengkel atau seminar, tetapi satu program aktiviti ^^' Jika masih samar-samar, mungkin 'cahaya sakinah' boleh menyertai program 'Belajar Berkesan' pada masa akan datang =)

    Sebarang soalan boleh mesej kami di ruangan 'contact us' di atas...Jika 'cahaya sakinah' mempunyai kisah menarik, boleh kongsikan pada kami di ruangan 'your story'..

    Terima kasih kami ucapkan ^^'

    wallahu'alam...

    ReplyDelete