Tuesday, September 7, 2010

Pekerja In-Out? (Siri 2)

Salam, Syukur Alhamdulillah...

Apa khabar semua pembaca? Semoga mendapat rahmat dan mensyukuri nikmatNya hendaknya ^^' Adakalanya apabila membincangkan topik ini kita akan melihat kebaikan yang lebih kepada para pekerja ataupun kebaikan untuk para majikan.. Ada benarnya, ada juga tidak ^^' 

Pada siri 1, kita telah pun melihat isu pekerja sahaja.. (mungkin ianya sekadar ringkasan sahaja, bukannya untuk rujukan total) kita cuba pula melihat kepada majikan..

Isu Majikan

Saya rasa lebih sesuai seandainya isu majikan di gambarkan kita sebagai Bos ^^' Ok tak? hehe... Bukan selalu untuk anda mahu jadi Bos, kan? Tetapi kali ini, anda akan jadi Bos.. Itu pun jika anda rasa anda layak.. Hakikatnya anda adalah Bos kepada diri anda ^^'


Katakan anda sebagai penjual pakaian.. Ada seorang pekerja baru  (si A) ingin mencari kerja, lantas anda pun menemuduganya.. Ketika menemuduga, pelbagai soalan anda lontarkan (seolah-olah untuk jawatan manager pula, hehe) dan selepas itu, anda memberi dia tempoh 3 hari untuk 'confirmation' (dalam masa yang sama anda juga mencari pekerja lain yang lebih sesuai dengan kerja dan gaji).. Selepas 3 hari, anda masih berminat untuk menggaji pekerja (si A) kerana kelebihannya bercakap bahasa inggeris.. Pada hari itu, anda menelefon pekerja A dan 'offer' dia untuk bekerja dengan anda, malangnya, dia telah mempunyai pekerjaan lain.. (apakah yang anda rasa?)..

Walaupun, anda merasakan tiada kerugian yang anda alami, anda harus tahu bahawa anda sebenarnya kerugian dari segi masa.. Masa anda untuk menemuduga, masa menganalisis, masa membuat iklan, masa membuat pemilihan, masa pergi sana-sini dan lain-lain.. Pasti menyusahkan anda bukan? hehe... Begitulah, apa yang di rasakan majikan-majikan (walaupun majikan di lihat seperti tidak kisah, hakikat yang nyata, kesannya masih ada).. 

Jika anda seorang majikan, pastinya anda inginkan pekerja yang setia ^^' Adakah anda setia pada majikan anda sekarang (jika anda pekerja)? atau setia di depan, (tembak) di belakang? hehe... Jika itulah sifat anda, berkemungkinan anda alah orang yang 'tidak gembira' dengan diri dan kerja anda!

Walau apapun, ‘pekerja in-out’ di dalam organisasi ada baik ada buruknya.. Kepada seorang pekerja, sebelum anda memohon sesuatu kerja, tanyalah diri anda mengapa anda inginkan kerja tesebut.. Kepada sang pemberi kerja, pilihlah pekerja seperti anda mencari pasangan hidup ^^’ kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan di dalam bekerja sangatlah di tuntut oleh majikan..

Mari Berfikir | Pekerja mengharapakn sesuatu yang baik daripada majikan dan begitu juga sebaliknya.. Jika kedua-duanya mempunyai dan mengharapkan sesuatu yang sama, mengapa konflik antara ‘top management’ masih berlaku dengan pekerja bawahan?

Sudah lupakah misi dan visi syarikat? (itu pun jika ingat, hehe)

Wallahu’alam




No comments:

Post a Comment