Monday, July 26, 2010

Perlunya Perubahan Organisasi

Salam...
Alhamdulillah...
Entri kali ini, kita ingin melihat apakah sesebuah syarikat itu, mampu berjaya dengan lebih sedikit (daripada sekarang), melalui perubahan yang baik dari segi struktur organisasi itu sendiri...

Apakah ianya penting untuk anda? Ya.. Jika anda rasa ianya satu perkembangan ilmu untuk anda.. ^_^' dan anda boleh juga 'share' pada ketua anda, sekiranya terima, Alhamdulillah...

Organization development (OD) is a planned, organization-wide effort to increase an organization's effectiveness and viability. Warren Bennis, has referred to OD as a response to change, a complex educational strategy intended to change the beliefs, attitudes, values, and structure of organization so that they can better adapt to new technologies, marketing and challenges, and the dizzying rate of change itself. OD is neither "anything done to better an organization" nor is it "the training function of the organization"; it is a particular kind of change process designed to bring about a particular kind of end result. OD can involve interventions in the organization's "processes," using behavioural science knowledge as well as organizational reflection, system improvement, planning, and self-analysis... Rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Organization_development 

Mungkin kah anda tertanya-tanya apakah yang ingin di bangunkan oleh syarikat anda bekerja? Untuk apakah ia sebenarnya?

The objective of OD is to improve the organization's capacity to handle its internal and external functioning and relationships. This would include such things as:-

1) Improved interpersonal and group processes,
2) More effective communication, 
3) Enhanced ability 

to cope with organizational problems of all kinds, more effective decision processes, more appropriate leadership style, improved skill in dealing with destructive conflict, and higher levels of trust and cooperation among organizational members...

Sudah kita mampu untuk memahaminya? Pernahkah anda merasakan sangat geram dengan ketua anda akibat tidak dapat membuat keputusan untuk sesuatu perkara yang kecil dengan mudah? Contohnya, ingin membeli Talifon untuk kegunaan 'dealing' dengan pelanggan? Ataupun  tidak boleh membuat keputusan untuk membeli aset tetap syarikat? Atau pelbagai keputusan yang di rasakan 'remeh' atau apa sahaja... Faktornya mudah.. Kerana anda ingin memudahkan urusan anda dan juga syarikat... 

Di atas konflik ini ramai di kalangan pekerja yang 'hilang' motivasi bekerja (mungkin)... tapi itu hanya satu faktor sahaja... Jika mengikut kamus HRM, kita melihatnya sebagai kelemahan di dalam struktur organisasi itu sendiri.. Apakah strukturnya kepada Centralize mahupun Decentralize... Ianya penting untuk memudahkan membuat keputusan di samping keberkesanan di dalam organisasi itu... 

Di dalam Islam, kita ingin juga melihat manusia dengan Nilai-Nilai Islam... Atas sebab itu, sesetengah syarikat perundingan memproses 'Latihan' mereka kepada Emosi & Rohani... Jadi manusia merasai kehidupan bertuhan dalam keadaan emosi... Apakah ia Emosi semata-mata? (sama-sama fikir) Matlamatnya adalah satu... Yakni, Pembangunan Organisasi itu... Bagaimana sekiranya kita boleh menerapkan nilai-nilai Islam di dalam organisasi kita? apakah nilai-nilai yang di 'list' kan itu, di turuti oleh para pekerja? atau sekadar hiasan di signboard ?

Bagaimana dengan Kemantapan Intelektual para pekerja? Sosial? Fizikal kesihatan? Tidak kah ianya juga boleh mendekatkannya dengan Allah? Ya, memang benar..Tetapi emosi itu lebih mudah menyentuh hati naluri manusia ^_^' Semua faktor seharusnya mempengaruhi kita... 

Mungkin ini serba-sedikit hal berkaitan 'Kemantapan Organisasi', inshaAllah pada masa akan datang, kita bincang tajuk yang lebih specific kepada 'Membuat Keputusan', 'Budaya Kerja', dan 'Key Performance Index' (in Islamic Perspective) dan sebagainya...

Mari Berfikir | Jika matlamat perubahan & pembangunan syarikat hanya untuk syarikat sahaja, maka itu sahajalah yang di perolehi... Tetapi sekiranya matlamatnya adalah untuk individu (pekerja) maka, yang akan di perolehi adalah untuk manusia, organisasi serta Islam itu sendiri...


Selagi ada ruang, Berdakwah lah pada semua manusia... Sekalipun mengajak 'jom, solat!'

Sunday, July 25, 2010

Motivation + Training = Performance


Salam...

Alhamdulillah.... Masih ada kesempatan untuk menulis dan berkongsi idea & pengalaman ^_^'


Kali ini, kita cuba melihat 'Motivasi' dan 'Latihan' daripada pelbagai perspektif...
Artikal ini adalah kesinambungan daripada artikel asal Motivation vs Training

Motivation is the activation or energization of goal-orientated behavior. Motivation is said to be intrinsic or extrinsic.
The term training refers to the acquisition of knowledge, skills, and abilities (KSA) as a result of the teaching of vocational or practical skills and knowledge that relate to specific useful competencies. It forms the core of apprenticeships.

Sudah mula memahaminya?

Mungkin pada kali ini, saya ingin berkongsikan khusus untuk para pekerja sahaja... Kebiasaannya, Motivasi ini boleh mencangkupi pada semua para pekerja... Tidak kiralah anda sebagai General Manager, Asst. General Manager, Manager, Asst. Manager, Senior Eksekutif, Eksekutif Biasa, Supervisor, dan pekerja biasa... Jika di bidang sumber manusia kini, sesiapa yang bergraduan Ijazah sarjana Muda, maka dia layak di gelar Eksekutif dan ke atas.. Jika Diploma dan ke bawah adalah Supervisor dan ke bawah...

Istilah ini boleh di bahagikan kepada dua perkara... Iaitu, Eksekutif dan Non-Eksekutif... Di bidang Eksekutif adalah mereka yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan (merancang) yang di buat untuk syarikat dan Non-Eksekutif adalah mereka sebagai 'Penggerak' aktiviti syarikat secara lansung dengan pelanggan... Mudah bukan untuk memahaminya?

Kita akan melihat bagaimana 'Motivasi' itu, di gabungkan dengan 'Latihan' maka akan di terjemahkan dengan 'Performance' pekerja yang baik... Pastinya pula 'Operasi' syarikat akan menjadi lebih mantap !

Motivasi itu adalah 'Energizer' bagi diri kita (pekerja)... Bagaimana ianya boleh bertindak? Pastinya antara dalaman mahupun luaran... Pandangan saya, 'Dalaman' itu, adalah 'Fitrah' kita (pekerja) sendiri... InshaAllah, kita akan mengupas bagaimana motivasi dalaman ini kita mampu kembangkan... Tetapi, kita lihat apakah yang boleh di kaitkan dengan 'Luaran'... 

Mengapa 'Luaran'..? Kerana 'Luaran' adalah sesuatu yang mampu kita lihat ^_^' Contoh yang boleh di buat majikan adalah, seperti Kenaikan Gaji, Bonus Tambahan, Cuti Tambahan, Hadiah, Jamuan, Family Day, Tiket Pelancongan dan sebagainya...

Bagaimana 'Latihan' berbentuk 'Luaran' pula? Pastinya kemahiran yang berkait rapat dengan skop tugasan pekerja... Jika tidak, pastinya majikan akan menanggung  satu kerugian.. Bukan kah situasi Menang-Menang itu lebih baik ^_^'

Jika anda sedar akan pentingnya 'Motivasi' dalam diri anda sendiri, maka Matlamat anda hampir jelas... Jika saya bertanya, untuk apakah kamu bekerja sekarang? Rata-ratanya menjawab, untuk mendapatkan sumber kewangan dan meneruskan kehidupan... Ada juga menjawab, sebagai satu Ibadah... Mungkin kebanyakkan daripada kita 'Bekerja' dengan tenang, tiada gangguan, rileks dan sebagainya... (Apakah mereka ini sememangnya menganggap kerja yang mereka lakukan adalah satu Ibadah?)... 

Ataupun, ada antara kawan sekerja kita sepanjang hari stress sahaja... (Bahaya stress ini adalah apabila ianya menjadi penyakit berjangkit > kita akan bincangkan kemudian)...

Jadi di atas kesimpulan ini, apakah saya boleh berkata orang yang belajar bidang agama akan bekerja lebih tenang daripada bidang pengurusan profesional dan sebagainya? Ataupun orang yang 'Dekat' dengan 'Islam' itu sendiri akan lebih bahagia? Tetapi, mengapa ada antara pekerja-pekerja yang 'buat muka' apabila nama mereka terpilih untuk pergi menjalani 'Latihan'? Apakah mereka menganggap kerana kurangnya 'Performance' mereka terhadap kerja? atau mungkin juga mereka bersyukur kerana terpilih menjalani program penambahan ilmu... Supaya dengan itu, kerja mereka akan lebih efektif..


Sudah mula memahaminya?

Atas keprihatinan syarikat, maka lebih baik mereka membuat sebuah program yang merangkumi 'Motivasi & Latihan'... Ini adalah satu kelebihan buat pekerja... Ini kerana, para pekerja telah mengetahui dengan 'Jelas' mengapa mereka perlu menjalani 'Latihan' itu sendiri... 

Peringatan! 
Motivasi Untuk Mengubah Seseorang = Mengarut
Motivasi Ingin Berubah = InshaAllah... 

Kerana, Allah tidak akan mengubah hidup kita selagi mana kita tak ingin berubah ^_^'

Latihan Untuk Kerja = Merugikan kerana bersifat Jangka Pendek
Latihan Kerana Ilmu = InshaAllah untuk Jangka Panjang

Performance kerana Majikan = Duniawi
Performace kerana Allah = Akhirat ^_^'

Wallahu'alam...

Sama-Sama Fikir | Jika kita bekerja hanya kerana ingin meneruskan kehidupan dunia semata, maka 'GAJI' itulah yang kita akan terima. setiap bulan..Tetapi, jika kita bekerja kerana ianya 'IBADAH' maka, 'GAJI' yang kita buat untuk akhirat akan tersedia di sana...(pokoknya, haruslah menurut syariat Tuhan ^_^")

Sumber:
EQ Sutra Training & Consultancy
019-3841227