Pengenalan










Terima Kasih kerana sudi melayari blog ini ^_^'


'Everyone is the Winner' adalah tagline rasmi EQ Sutra Training & Consultancy (EQ Sutra TC). Ianya di ilhamkan di atas faktor pendekatan yang kami bawakan iaitu menerima peserta tanpa syarat (Kami menerima klien dari pelbagai bangsa dan agama).

Blog ini di sediakan sebagai salah satu medium 'Perkongsian' bersama 'EQ Sutra Friends' samada pernah menjalani latihan program bersama kami ataupun akan menjalani latihan pada masa akan datang.

Di harapkan dengan kisah yang di paparkan, serba sedikit akan memberikan pembaca satu perubahan minda dan emosi di dalam membuat sesuatu keputusan. Orang yang bijak bukan sahaja mampu melihat ke depan, tetapi mampu untuk melihat kiri, kanan dan belakangnya ^_^'

“When people emote they also think and act. When they act, they also think and emote. When they think, they also emote and act. To understand self-defeating behavior , one must understand how a person feels, thinks, perceives and acts”. 

Semua manusia mampu untuk berjaya. Mengapa harus lemah seandainya percubaan itu belum lagi terlaksana? Mengapa harus takut seandainya gagal itu baru kali? Mengapa merasai ujian itu berat kiranya jalan penyelesaian tidak di cari lagi? Mengapa resah & gelisah jika Al-Quran belum lagi di pegang, di baca dan di amalkannya? Mengapa memikirkan hidup ini terlalu sukar sehingga asyik meminta daripada memberi sesuatu kepada insan lain? Apakah perlu mengharap pada orang di depan mata hingga lupa pada Pencipta?

Adakah orang miskin itu 'Loser' dan orang kaya itu 'Winner'? Manager itu pangkat yang lebih mulia berbanding penyapu sampah? Penjaga tandas itu lebih hina daripada  Pegawai Tadbir?

Allah is Always by Your Side ^^'

Ikhlas dari kami.