Thursday, November 1, 2012

Yang kita TAKUT

Apabila akal, hati dan nafsu berbicara...~

MATI

Akal : Perlu takut mati, agar kita bersedia untuk menghadapinya.
Hati : Sesungguhnya mati itu pasti, dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali.
Nafsu : Never  mind, life for enjoys.

GAGAL

Akal : Perlu takut gagal, agar kita tidak leka dan bersunguh-sungguh dalam berusaha.
Hati : Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kufur. (Yusuf: 87)
Nafsu : Aku memang dilahirkan gagal.

MISKIN

Akal : Perlu takut miskin, agar kita sentiasa beringat bila kaya, tidak membazir dan sentiasa berusaha.
Hati : Allah Maha Kaya, rezeki itu hak Allah, dia memberi kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Sesungguhnya nikmat rezeki itu satu ujian untuk hamba-hambaNya. Barang siapa yang ketikanya Allah menguji dengan menahan rezekinya dan dia bersabar maka baiklah baginya dan barangsiapa yang ketikanya Allah menguji dengan melimpahkan rezekinya dan dia bersyukur maka baiklah juga baginya.
Nafsu : Allah tak adil. Mengapalh aku dilahirkan miskin. :'(

KEHILANGAN

Akal : Perlu takut kehilangan, agar kita sentiasa menghargai sesuatu itu semasa ada.
Hati : Kita tiada ada apa-apa. semuanya milik Allah. kita hanya meminjam kurniaanNya.
Nafsu : Aku yang berusaha, aku yang dapat. Aku punyalah. 

ORANG MENGATA

Akal : Perlu takut orang mengata, agar kita sentiasa menjaga akhlak dan double-check diri kita.
Hati : Kita adalah apa yang kita fikir. Allah lah sebaik-baik hakim yang Maha Bijaksana.
Nafsu : (Sentiasa was-was dan buruk sangka).

#Hasil daripada pengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus pembangunan manusia.

Abd Rahim Mariun & Abdurrahman Noor Iskandar
Trainers

#Hakcipta terpelihara.


Friday, June 29, 2012

Stress dalam perhubungan?




‎"Anda bertanya, kami berkongsi" ;D

Stress dalam perhubungan??

1. Pasangan saya mesti membahagiakan saya selalu?
2. Suami/isteri saya mesti memberi apa yang saya inginkan sekiranya dia benar-benar mencintai saya...

Ia wujud kerana pemikiran tidak rasional kerana pasangan SELALU harapkan kebahagiaan SEPANJANG MASA tetapi NILAI sejauhmana sumbangan kita kepada pasangan??

Mohamad Fuad Mohd Ali


Sunday, June 24, 2012

Kem Training on Trainers


Kem Training on Trainers merupakan sebuah Program Pembangunan Kendiri yang sesuai untuk pelajar sekolah ataupun mahasiswa. Pelbagai pengisian yang diproses agar dapat membentuk anak muda yang berdaya saing dan berani berhadapan cabaran masa depan. 

Kita sedia maklum, dunia hari ini mencari anak muda yang kreatif dalam pelbagai bidang. Kreatif dalam memimpin organisasi, kreatif dalam mempengaruhi, kreatif dalam mengembangkan potensi dirin dan sebagainya. 

Senjata ampuh kepada peserta adalah kemahiran komunikasi menurut Ilmu Psikologi barat yang sebenarnya telah pun diajarkan oleh Nabi Muhammad. Gaya berfikir sebagai pemimpin juga penting agar mereka sentiasa mencari pelbagai kaedah dan rumusan apabila tertimpa masalah. Merekajuga perlu menguatkan Ilmu dalaman dan tidak mudah terpengaruh pada budaya luar yang tidak baik. Malahan, hebatnya pemimpin apabila dapat mempengaruhi orang bawahannya untuk menjdi lebih baik dari dirinya.

Kursus yang kami tawarkan ini sangat sesuai untuk semua Bangsa dan Agama. 





Saturday, June 16, 2012

Tips Nur Kasih Adam ♥ Hawa

Anda adalah CERMINAN diri Saya.

Sering sekali apabila berlaku konflik / salah faham suami isteri kita menyalahkan pasangan masing-masing dengan menghamburkan kata-kata negatif.... Sedangkan bila kita berfikir secara rasional, Allah telah jadikan LELAKI dan PEREMPUAN itu satu pelengkap yang sempurna. Ini bermakna apabila kita melabelkan pasangan kita atas setiap sesuatu ketidakkesempurnaan itu, menunjukkan yang sebenarnya kitalah sebagai pelengkap yang gagal atau tidak sempurna untuk melengkapkan pasangan kita kearah sebuah keluarga yang sempurna. Ibaratnya mudah, apabila seorang suami menyatakan isterinya tidak baik, apa yang tersiratnya kitalah yang gagal membimbing isteri kita kearah kebaikan... " Jika kamu inginkan Isteri kamu berkepribadian seperti Saidatina Fatimah, Hendaklah kamu dahulu berkepribadian seperti Saidina Ali"



Wednesday, June 13, 2012

Anda Tanya, Saya Kongsi : Kenapa Organisasi Sukar Untuk Maju?













Kenapa organisasi SUKAR UNTUK MAJU walaupun dah beli peralatan tercanggih untuk bantu kakitangan syarikat?


1. Organisasi yang hebat, lengkap dan sangat sempurna kelengkapannya, tidak mungkin akan berkembang maju sekiranya ia dikendalikan oleh kakitangan tidak kreatif, berdaya maju dan kuat bekerja.



2. Contohnya, sebuah komputer paling maju dengan perisian termoden tidak mungkin dapat dikendalikan oleh seorang tidak perpengetahuan mengenai komputer dan hanya menggunakan mesin taip “purba” di sepanjang hayatnya.



3. Pokok pangkal ASAS KEMAJUAN sesebuah syarikat ialah individu atau kumpulan yang mengemudi dan bekerja diorganisasi.

Dari,
Mohammad Fuad Mohd Ali
Kaunselor.

Sunday, May 27, 2012

Anda Tanya, Saya Kongsi : Apabila menaiki kereta bersama pasangan.


Apa kepentingan menaiki kereta ke tempat kerja bersama pasangan suami/isteri?


1. Meningkatkan keINTIMan antara pasangan?
2. Berpeluang berKOMUNIKASI dengan suami/isteri secara privasi tanpa gangguan anak-anak?
3. Menggabungkan AURA antara suami/isteri?
4. Boleh membincangkan hal anak-anak tanpa gangguan anak-anak?
5. Boleh membincangkan perubahan yang berlaku disekitar?


Peringatan : Pasangan tidak digalakkan tidur semasa suami/isteri memandu =)


"Kereta adalah tempat yang terbaik untuk berbual bersama pasangan kerana hanya dua perkara perlu difokus iaitu mendengar radio dan memandu serta memupuk pasangan menjadi KAWAN" 



Dari,


Mohammad Fuad Mohd Ali
Kaunselor.