Monday, August 30, 2010

Pendiam, Tak Pandai Pulak....?

Salam...Syukur Alhamdulillah...

Semalam mendapat maklum balas dari seorang pelajar yang ingin saya kongsikan 'Pengalamannya' sebagai seorang pelajar satu tika dahulu.. Dia pernah menjalani sesi program bersama EQ Sutra dahulu.. Dia juga,  pernah menjalani sesi kaunseling selepas program itu berlalu.. Sejak UPSR, dia bukanlah pelajar cemerlang yang mendapat gred B, apatah lagi A.. 

Adakah dia memang bodoh? atau guru yang mengajar sambil lewa atau tidak mengambil perhatian sangat pada dia? wallahu'alam.. Tapi, melalui kisahnya dia sememangnya seorang pelajar yang tidak pandai.. Dah lah tak pandai, duduk pula kelas ketiga paling hujung.. Kawan-kawannya? pastinya di kalangan mereka-mereka yang sama dengannya.. Maklumlah, dia juga malu untuk berkawan dengan pelajar-pelajar yang pandai...

Bukan kerana dia sahaja yang malu, tetapi kawannya yang pandai itu ataupun kononnya pandai, malu untuk berkawan dengan dia yang bodoh itu.. Wah!, semakin rumit ceritanya itu.. Siapa yang mahu di persalahkan ya?.

Antara sebab lain yang dia akui adalah kerana 'Malas' dan 'Boring' belajar... Maksudnya tidak seronok lah tu... Katanya ketika di sekolah rendah, nafsu bermainnya sangat tinggi.. Dengan kurangnya kepandaian dari segi akademik, dia sangat kreatif orangnya.. Adakah orang yang kreatif ni kurang bijak dari segi akademik? atau dia lebih gemar membuat kerja-kerja yang kreatif daripada belajar akademik.. 

Jika kiranya dia lebih seronok belajar akademik, apakah dia akan lebih pandai dan bijak di dalam mendapat keputusan UPSR dan PMR nya? Inilah 'Kemahiran' yang perlu dia ada.. Yakni, bagaimana untuk 'Belajar Berkesan' dan 'Seronok Belajar'.. 

Namun, dia masih tidak memperolehinya.. Akibatnya, dia sangat kreatif untuk membuat sesuatu dengan 'benda' tetapi, kurang efektif di dalam akademiknya.. Hal yang demikian, berlarutan sehingga dia mengambil PMR..

Dirinya mula berubah apabila mula bertukar ke sekolah lain.. Tetapi semasa mengambil keputusan SPM juga masih tidak cemerlang.. Cuma ada lah peningkatan akademiknya itu... Selepas SPM dia di tawarkan pengajian sijil di politeknik, tetapi fikirnya dia tidak minat untuk masuk ke politeknik... (pencapaian sederhana, tetapi tak minat masuk politeknik).. Pelik tapi benar.. Selepas SPM, dia berjumpa kaunselor untuk membuat analisis personaliti dan kerjaya yang sesuai untuk dirinya.. Kaunselor tesebut juga adalah salah seorang penasihat EQ Sutra.

Hasilnya, dia mengambil keputusan setelah membuat kaji selidik berkenaan kerjaya yang sesuai dengannya.. Lantas, dia mengambil keputusan untuk mengambil STPM dan keputusannya? Straight A's ^^' 

Apabila di tanyakan soalan pada dia, pernahkah adik ke program 'kemahiran belajar'? Jawabnya balik pada saya, adakah program yang abang maksudkan itu program 'Teknik belajar'? SQ3R? Peta Minda? Teknik 1H 5W? dan berbagai lagi? 

Sepatah sahaja jawapan saya, ya.. tanda setuju dengan jawapannya...
Lantas, katanya: 'Saya kurang berminat untuk buat nota menggunakan kaedah itu..' Sambungnya lagi, Kemahiran yang saya perolehi semasa program EQ Sutra dahulu sangat bermakna.. Saya praktikkan 2 perkara asas dahulu.. 

Pertama, Bagaimana untuk Seronok Belajar dan kedua pula, Bagaimana belajar yang berkesan!

Soal saya semula: 'Bila adik mula praktikkan?' Jawabnya: 'Sejak saya mengambil STPM'. Saya hanya tersenyum jawapannya...

Fikirkan Seketika | Kisahnya sangat menarik.. Pelajar ini tidak lah di kategorikan 'Jahat' di sekolah.. Dia hanya seorang pelajar yang pendiam lantas tak pandai.. Jika di beri 1000 teknik belajar mahupun menghafal tanpa memberi 'Kemahiran' pada dirinya agar menggantikan 'Boring' belajar kepada 'Best' belajar di tambah pula 'Cara' belajar berkesan.. InshaAllah, ramai pelajar di kategori ini akan berjaya..

Apapun, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita ^^' Saya masih menunggu kisah seorang pelajar nakal, namun katanya dia belum bersedia untuk bercerita..Walaupun saya tahu kisahnya (melalui sesi kaunseling) saya lebih gemar dia sendiri yang bercerita...

*Kini, pelajar yang 'pendiam dan tak pandai' itu melanjutkan pelajaran di UPSI di dalam bidang Ekonomi..

Sunday, August 29, 2010

Kemenangan Ramadhan (Siri Akhir)

Salam...Apa khabar semua? Di harapkan sihat sejahtera.. Terus bersemangat di bulan mulia ini..? Alhamdulillah... Kali ini, kisah episod akhir kemenangan kita.. Sengaja saya ingin membahagikan kepada 3 siri, agar kita akan sentiasa ingat-mengingati ^^'


Jika ada antara kita, baru pertama kali melawat blog ini, anda di sarankan agar membaca dahulu kisah ini pada siri 1 dan siri 2..Semoga ianya membawa manfaat pada saya, anda dan seluruh masyarakat.. Kisah akhir ini, ingin melihat tahap 'Ketaqwaan' kita sebagai hamba-Nya..



7) Level of 'TAQWA'
Pada siri 1, ada ayat yang di tutup 'agar kamu bertaqwa', bahawa tujuan utama Bulan Mulia ini adalah untuk membangunkan kesedaran Taqwa di dalam peribadi setiap muslim.



Ubay bin Ka'ab pernah berkata kepada Saidina Umar 'Bahawa orang yang bertaqwa itu seperti orang yang berjalan di tempat yang banyak durinya. Kanan-kiri, bawah-atas ada duri'
Banyak ayat dalam Al Qur’an yang menekankan pentingnya bersikap taqwa:- 
(i) Di pembukaan surah Al Baqarah, Allah SWT menceritakan sifat-sifat orang yang bertaqwa. 
(ii) Dalam surah Ali Imran:133, Allah SWT menegaskan bahawa syurga disediakan untuk mereka yang bertaqwa: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” 
(iii) Dalam surah Al Hujuraat:3, Allah SWT menunjukkan bahawa manusia yang paling mulianya adalah orang-orang yang paling bertaqwa. 
(iv) Dalam surah Al Qashash:83, Allah SWT menerangkan bahawa kemenangan itu hanya milik orang-orang yang bertaqwa: “Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” 
(v) Dalam surah Al Qalam:34, Allah SWT menceritakan lagi indahnya syurga yang dipersiapkan untuk mereka yang bertaqwa: “Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.”
Penutup
Jelasnya, Ramadhan adalah nikmat paling agung, sekaligus tetamu agung yang tiba setahun sekali. Di dalamnya banyak kesempatan bagi orang-orang beriman untuk meningkatkan iman dan membersihkan dosa-dosa dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Bukan sekadar berpuasa, tetapi banyak ibadah Ramadhan yang diajarkan Allah SWT dan Rasul-Nya. Seperti ibadah solat malam, i’tikaf, banyak bersedekah, mengkhatamkan Al-Qur’an dan sebagainya. Siapa yang bersungguh-sungguh melaksanakan semua itu, kemenangan pasti akan dia capai. Sebaliknya siapa yang mengabaikan semua itu, dia sendiri yang rugi. Ingat bahawa tidak ada yang boleh menjamin  seseorang untuk hidup hingga ke bulan Ramadhan tahun hadapan. 
Kerana itu, ketika kita diberi kesempatan Ramadhan tahun ini, janganlah sekali-kali kita sia-siakan. Bersegeralah untuk beramal. Bersungguh-sungguhlah untuk menggunakan kesempatan ini secara maksima. Semoga Allah swt. menerima amalan kita semua. 

Amiin. Wallahu a’lam bishshawab...~



Thursday, August 26, 2010

Pekerja In-Out? (Siri 1)

Salam.. Syukur Alhamdulillah...

Setelah 2 siri kisah 'Kemenangan Ramadhan' di post, ada juga yang bertanya berkenaan kisah 'Pekerja' pula.. 'Tak da post tentang isu pekerja ker?' hehe..
InshaAllah, kita akan cuba untuk memberi yang terbaik kepada pembaca blog ^^' Kali ini, isu membangkitkan pekerja keluar masuk dalam syarikat.. Baik atau Tidak? 

Isu Pekerja...
Bagi seorang pekerja mungkin ada baiknya anda bertukar kerja.. Kerana apa? tentunya 'kemahiran' yang anda perolehi akan menjadi 'multiple skills'.. Itu pun jika ianya berlaku..  Jika anda masih tidak mampu untuk mengembangkan kemahiran anda di tempat baru? bagaimana? pastinya anda yang rugi, akibat tidak mendapat faedah daripada majikan lama.. Maksud faedah di sini adalah 'seniority' anda di dalam syarikat yang lama... 

Anda juga harus ingat, setiap kali anda bertukar majikan, maka anda akan menjadi junior di tempat baru.. Harus belajar budaya baru, cara kerja baru dan apa sahaja yang anda akan belajar... Dan jika anda sanngup hadapinya, mungkin gaji baru yang di tawarkan untuk anda lebih baik ^_^' Tetapi mungkin 'Faedah' yang akan anda terima tidak sama dengan majikan lama..

Seperkara lagi, mungkin anda ada 'kredit' apabila mempunyai banyak pengalaman bekerja di lain-lain tempat, tetapi anda harus ingat bahawa unit HR (sumber manusia - recruitment) akan melihat atas dasar apa anda berpindah 'majikan'? WHY? dan mereka juga akan sentiasa 'aware' di atas sikap anda yang gemar berpindah-pindah (terutamanya bagi level jawatan yang sama).. Jika anda berpindah kerana 'Kenaikan Jawatan @ Skop Tugasan' kredit lebih baik mungkin milik anda...


Isu Majikan...

InshaAllah akan di bincangkan kemudian ^_^'

Wednesday, August 25, 2010

Kemenangan Ramadhan (Siri 2)


Salam, Syukur Alhamdulillah...

Hari berganti hari, minggu berganti minggu.. Ramadhan kian berlalu.. Apakah ini Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya? Baiklah, suka di sini ingin berkongsikan sambungan kisah kemenangan Ramadhan pada siri 2. Sebelum itu, molek nya kita semua 'recall' pada siri 1 dahulu..hehe..
Mungkin ianya boleh di jadikan sebagai bahan ceramah, ataupun usrah2.. Nasihat penulis, agar dapatkan juga sumber2 lain untuk menguatkan apa yang kita ingin kongsikan ^_^'
4) Dosa pula di Ampunkan 
Ada tiga ibadah di dalam bulan Ramadhan, Rasulullah SAW mengaitkannya dengan ampunan dosa-dosa terdahulu: Pertama, ibadah puasa. Nabi saw. bersabda: “Man shaama Ramadhaan iimaanan wah tisaaban ghufira lahu maa taqaddama min dzambihi”
(Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan kesedaran iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni semua dosa-dosa yang lalu.” (HR. Bukhari-Muslim).
Kedua, ibadah solat malam (cth: tarawih, tahajud dll). Nabi saw. bersabda: “Man qaama Ramadhana iimaanan wah tisaaban ghufira lahu maa taqaddama min dzambihi”
(Siapa yang menegakkan shalat malam Ramadhan dengan kesedaran iman dan penuh harapan redha Allah, akan diampuni semua dosa-dosa yang lalu.” (HR. Bukhari-Muslim).
Ketiga, Ibadah solat malam lailatul qadr. Nabi saw. bersabda: “Man qaama lailatal qadri iimaanan wah tisaaban ghufira lahu maa taqaddama min dzambihi”
(Siapa yang menegakkan shalat malam pada malam lailatul qadr dengan kesedaran iman dan penuh harapan redha Allah, akan diampuni semua dosa-dosa yang lalu.” (HR. Bukhari-Muslim).
5) Doa kita di Kabulkan
Seorang yang sedang berpuasa doanya mustajab. Kerana dia sedang/ dalam keadaan menahan nafsu. Syaitan2 tidak mendekatinya (selain bulan Ramadhan) Kerana ia lebih dekat kepada Allah SWT. Ketika ia di dalam keadaan hampir kepada Allah SWT,  Maka doanya akan mudah diterima (inshaAllah). Kerana itu Nabi SAW mengingatkan agar orang-orang yang sedang berpuasa banyak berdoa. Para ulama mengatakan: Disunnahkan bagi orang yang sedang berpuasa untuk mengucapkan zikir, memanjatkan doa, sepanjang hari selama dia berpuasa.
Kerana, puasa membuatkan seseorang semakin dekat kepada Allah SWT  dan Orang-orang yang dekat kepada Allah SWT doanya mustajab (InshaAllah).
6) Lailatul Qadr
Imam At Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: “Tiga orang yang doanya tidak pernah ditolak: Pemimpin yang adil, seorang yang sedang berpuasa sampai ia berbuka, orang yang di zalimi.”
Maksudnya disini, bahawa selama kita berpuasa Ramadhan, iman kita  seharusnya sebagai hamba Allah SWT sedang meningkat, dan kita akan kerap untuk bangun malam bagi menunaikan solat, selalu membaca Al Qur’an, mudah untuk bersedekah, jauh dari dosa-dosa, bertaubat meminta keampunan kepada Allah SWT dan sebagianya. Semua itu merupakan suasana yang menunjukkan rahmat dari Allah SWT.
Dalam surah Al Qadr: 3-5 Allah SWT menerangkan keagungan malam lailatul qadr: “Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Inilah malam yang Allah SWT agungkan. Pada malam lailatul qadr ini Allah SWT menurunkan Al Qur’an. Bukan itu sahaja, setiap malam lailatul qadr Allah memberikan kesempatan kepada hamba-hamba-Nya untuk menutupi kekurangan masa lalunya dengan beribadah menegakkan solat, berzikir dan membaca Al Qur’an. Bayangkan pahalanya khsusus dan sangat luar biasa (jika di gantikan dengan nikmat dunia, subhanallah). Tidak mampu dibandingkan dengan pahala beribadah selama 1000 bulan. Keutamaan ibadah pada malam lailatul qadr hendaklah kita raihnya dengan bersungguh-sungguh ^_^


*Akan bersambung di siri ke-3 (nantikannya). Jika baik beritahu kawan, jika tidak baik @ salah sila beritahu pada kami (jangan mendiamkan @ membiarkannya) ^_^' Email kami di EQ Sutra

Tuesday, August 24, 2010

Kemenangan Ramadhan (Siri 1)

Salam...Syukur Alhamdulillah...
Kita masih di beri kesempatan untuk menunaikan puasa pada hari ini ^_^'

Di kesempatan ini, penulis ingin berkongsi sedikit pandangan berkenaan kisah kemenangan kita pada bulan Ramadhan ini (InshaAllah). Kisah ini bukanlah pendapat peribadi semata-mata, tetapi hasil daripada tazkirah Ramadhan di Surau2 mahupun Masjid2 yang di kunjungi, pembacaan buku dan internet, dan sebagainya. Di harapkan para pembaca tidak melihat 'kesempurnaan' pada diri penulis, kerana kita semua insan lemah dan tidak terlepas dengan dosa-dosa :( 

Walau bagaimanapun, atas inisiatif ingin berkongsi sesuatu dan ini adalah salah satu cara untuk berdakwah, jadi penulis ingin mengambil kesempatan yang ada, selagi masih ada hayat di dunia ini. kita mulakan dengan Ayat yang sangat familiar tatkala Ramadhan tiba =)
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(QS. Al Baqarah:183).

Kata 'qutiba' menunjukkan makna bahawa ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib. Wajib kerana itu adalah fitrah manusia. Allah SWT yang menciptakan manusia , Dialah yang lebih tahu hakikat fitrah ini. Dan Dialah yang lebih tahu rahsia di wajibkan berpuasa.
Kerana itu tidak ada pilihan lain bagi manusia kecuali harus berpuasa. (kecuali sebab-sebab tertentu) Kerana itu pula Allah berfirman: 'kamaa kutiba ‘alalladziina min qablikum. Ertinya bahawa manusia sebelum kita juga diwajibkan berpuasa.
Dalam pelbagai peristiwa sejarah di zaman Rasulullah saw. kita selalu di beri 'tahu' bahawa kemenangan demi kemenangan terjadi di saat umat islam sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Ada apa dengan Ramadhan? Dan saya juga pasti, Ramai di kalangan ustaz-ustaz memberi tazkirah tarawikh di surau-surau mahupun masjid-masjid berkenaan hal peperangan di kala Ramadhan.
Kemenangan pada kali ini lebih menjurus kepada diri kita, diri keluarga kita dan masyarakat kita amnya. Kemenangan apa ya?
1) Kemenangan ke atas Nafsu
Dalam kata 'ashiyam' pada ayat di atas terkandung makna 'alhabsu' yang bermaksud menahan. Seorang yang berpuasa, pasti sedang menahan nafsu dengan segala dimensi dirinya. Bukan hanya nafsu makan dan minum, tetapi nafsu hubungan seks dan nafsu memandang yang haram. Perhatikan diri kita ketika sedang berpuasa. Apa yang kita tahan? Bukankah kita sedang menahan diri dari yang halal? Makan dan minum itu halal bagi kita. Berhubungan seks dengan isteri kita juga halal (bagi yang sudah berkahwin ^_^'), Tetapi kita tahan di siang harinya. Dan kita mampu menahannya. Apa makna semua ini? Di sini kita nampak bahawa kita sedang bertarung dengan nafsu kita. Kita sedang berusaha mengendali dan mengawalnya.
Sekalipun nafsu itu meronta-ronta memanggil kita untuk makan di siang hari yang panas, kita tetap mengawalnya sehingga azan maghrib. Apabila kita mampu lakukan, sungguh tidak ada alasan bagi kita untuk terjatuh kepada yang haram, hanya kerana godaan nafsu. ^_^'
2) Kemenangan ke atas Syaitan
Nabi SAW bersabda: “Bila Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup, sementara syaitan-syaitan diikat.” (HR.Bukhari-Muslim).
Suasana seperti ini menggambarkan betapa Ramadhan benar-benar membawa keberkatan bagi umat Islam. Terasa bahawa syaitan benar-benar diikat. Syaitan tidak boleh bergerak dengan berleluasa. Mengapa?
(a) Nabi SAW bersabda lagi : 'wash shawmu junnatun' (puasa adalah penangkal dari dosa dan api neraka). Sambung Nabi SAW lagi : 'Maka ketika kalian berpuasa hendaklah jangan berkata kotor dan tidak mengumpat. Bila ada orang mencaci katakan kepadanya, 'maaf aku sedang berpuasa…' (HR. Bukhari-Muslim). Jika syaitan masih ada di sebelah kita, mungkin juga 'gosip2' yang kita bualkan lebih banyak. kan? ^_^' Lebih-lebih lagi di 'mukabuku' :p
(b) Kerana nafsu pada bulan Ramadhan mampu dikawal. Apabila nafsu dapat dikawal, amal-amal soleh akan meningkat di mana-mana. Orang yang jarang-jarang solat subuh di masjid, tiba-tiba terdetik untuk solat subuh berjemaah di masjid. Orang yang jarang ke surau juga akan mudah ke surau. Agak-agak kalaulah Syaitan ada di samping kita? Mungkin banyak pula alasan-alasan kita untuk membuat Ibadah.
3) Pahala yang di Gandakan
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Setiap amal anak Adam -selama Ramadhan – akan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali ganda, bahkan sampai tujuh ratus kali ganda. Kecuali puasa, Allah berfirman: Puasa itu untuk-Ku, dan Aku langsung yang akan memberikan pahala untuknya.” (HR. Muslim). 
Maksudnya di sini pahala puasa bukan hanya dilipatgandakan sahaja, malahan lebih dari itu, Allah SWT berjanji akan memberikan pahala tanpa batas. (subhanallah!). Bayangkan berapa pahala yang akan di perolehi seseorang sepanjang hari berpuasa, bersedekah, menegakkan amal-amal wajib lalu ditambah pula dengan amalan sunnah. Di mana semua itu dilipatgandakan tujuh ratus kali ganda (subhanallah!).
Bagaimana jika seorang muslim membaca Al Qur’an sehari lebih dari satu juz? Rasulullah SAW menerangkan bahawa pahala membaca Al Qur’an akan di hitung perhuruf. Setiap huruf satu kebaikan, dan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lganda hingga tujuh ratus kali ganda (subhanallah)..~ 

*Akan bersambung di siri ke-2 (nantikannya). Jika baik beritahu kawan, jika tidak baik @ salah sila beritahu pada kami ^_^' Email kami di EQ Sutra

Saturday, August 21, 2010

Seruan Untuk Fasa ke-2


Salam..Syukur Alhamdulillah...
Apa khabar anda hari ini? Bersedia untuk ke fasa ke-2 Ramadhan? atau masih melakukan sedikit 'Dosa' pada fasa pertama @ fasa 'Rahmat'...

Kita masih ada peluang lagi... InshaAllah... Hidupkan lah Ramadhan anda ^_^'

NABI Muhammad SAW bersabda:

“Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu dua malaikat yang menyeru seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin.

Katanya: “Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin.

Katanya: “Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah.” (Abu ad-Dardaa')

Dalam menghadapi kehidupan dunia seharian, kita mestilah sentiasa berwaspada terhadap pujukan syaitan. Jangan mudah terpedaya dengan perkara yang melalaikan daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan yang berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya. Rasulullah SAW menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari terdapat dua malaikat yang menyeru manusia supaya mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mencapai keredhaan Allah.

Manusia juga diseru supaya sentiasa mengambil ingatan bahawa pendapatan seharian yang diperoleh secara halal meskipun sedikit sebenarnya adalah jauh lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi kemudian melalaikan manusia itu daripada mengerjakan amal ibadat.

Sesungguhnya manusia yang sentiasa membelanjakan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya untuk jalan Allah akan sentiasa didoakan oleh malaikat semoga Allah memberikan balasan berlipat ganda kepadanya, tetapi sebaliknya kepada mereka yang bersifat bakhil, didoakan agar ditimpa kerugian besar.

Di dalam bulan mulia ini, perbanyakkanlah sedekah.. Mungkin dari sudut kewangan mahupun sumbangan tenaga.. Jika kita selalu memasukkan RM1 di tabung-tabung masjid pada setiap hari jumaat @ kuliah-kuliah agama, tidak salahnya jika kita sumbang RM10 pula hanya untuk bulan ini.. Korbankanlah segalanya pada bulan ini sebanyak yang mungkin kerana ganjarannya besar di sisi Allah..

Dan ketahuilah, selepas solat sunat tarawikh kita sering berdoa agar Allah Redha dengan kita dan tempatkan kita di dalam syurga, serta berharap agar Allah tidak murka pada kita supaya tidak terjatuh ke dalam Api Neraka... Inilah doa yang Nabi SAW kita ajarkan... Ingatlah, Redha Allah bergantung kepada Redha Kedua Ibubapa kita... Hubungan antara manusia kita harus 'di jaga' agar dakwah Islam itu berkembang dengan 'Indahnya'. InshaAllah...

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Edit Semula: EQ Sutra TC 

Mari Berfikir | Apakah tugas dakwah itu terletak pada Ustaz atau Ustazah? Jika jawapan anda Ya, (agak kurang tepat, mungkin).. Tugas dakwah adalah tugas kita semua.. Tidak kira anda seorang penyapu sampah, penoreh getah, pendidik, arkitek, jurutera, dan sebagainya... Kita ingin Umat akhir zaman ini penuh 'Kejayaan' dunia dan akhirat...InshaAllah ^_^'

Friday, August 20, 2010

Indahnya Sabar...~


Salam...
Syukur, Alhamdulillah...

Di kala Bulan Mulia ini (telah berlalu 10 hari) molek kiranya kita saling berkongsi berkenaan pesan Allah kepada Hamba-Hambanya Agar Bersabar ^_^'

Allah Ta'ala berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung." (QS.Ali 'Imraan: 200)

Dan Allah Ta'ala berfirman:
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan (ujian) kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (QS.Al-Baqarah: 155)

Dan Allah Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (QS.Az-Zumar: 10)

Dan Allah Ta'ala berfirman:
"Tetapi orang yang bersabar dan mema`afkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan." (QS.Asy-Syuuraa: 43)

Dan Allah Ta'ala berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (QS.Al-Baqarah: 153)

Dan Allah Ta'ala berfirman:
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian." (QS.Muhammad: 31) 


Dan ayat-ayat yang memerintahkan sabar dan menerangkan keutamaannya sangat banyak.



Mari Berfikir | Sabar itu ada 'Level'nya... Pertama, Sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah & RasulNya. Kedua, Sabar dalam meninggalkan kemaksiatan kepada Allah. Ketiga, Sabar terhadap Takdir Allah... Berjayalah bagi kita yang tidak lupa untuk Bersabar ^_^'

Diringkas dari Al-Qaulul Mufiid dan Syarh Riyaadhush Shaalihiin

Thursday, August 19, 2010

Jangan Tidur Lagi, Mari Buat Ini ^_^'


Salam... Syukur Alhamdulillah ^_^'

Dah Tidur ker? (waktu sekarang 12.10 pagi).. Eh, Jangan Tidur dulu..
Mari kita 'recall-reca;;' ilmu yang pernah kita dengar dan kita amal (mungkin) satu tika dulu ^_^'

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...

" Bertanya Aisyah : " Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda : 

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Selawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat ".

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

"Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."

Ok, masa untuk tidur hampir tiba.. ^_^' 
Mari Berfikir | Ramainya insan ingin mimpi indah semasa tidur.. Tapi sedikitnya insan ingin bermimpikan bertemu Rasulullah SAW ^_^'

Wednesday, August 4, 2010

Merendah Diri @ Menghina Diri?

Salam...
Alhamdulillah...

Masih berkesempatan untuk menulis ^_^' 

Merujuk kepada topik Saya Motivator, ada beberapa komen dan pandangan daripada kawan-kawan.. Apapun, semua orang berhak untuk memberi pandangan. Saya lebih gemar untuk menerima pandangan yang berbeza, mungkin kerana di situ ada nilai tambah yang boleh kita pelajari bersama ^_^'

Apakah anda seorang guru? atau seorang doktor? atau seorang kaunselor? atau seorang askar? atau seorang pensyarah? atau seorang Ustaz / Ustazah? Arkitek? Jurutera? Pemain Bola Sepak? atau apa sahaja gelaran yang anda perolehi daripada ilmu akademik mahupun ilmu pengalaman...

Pernahkah anda merasa malu terhadap gelaran yang di beri itu? (daripada ilmu yang ada pada anda).. Mengapakah anda berasa malu? atau anda bukan malu tetapi kurang yakin dengan gelaran sebegitu? atau anda ingin merendah diri sahaja di hadapan umum? 

Ilustrasi di atas hanyalah sekadar analogi bagi seorang yang bergelar 'Motivator'... Seorang doktor akan menjadi motivator pada pesakitnya, seorang guru akan menjadi motivator pada anak didiknya, Ibubapa menjadi motivator pada anak-anaknya, Penceramah motivasi menjadi motivator pada pesertanya, Trainer menjadi motivator pada Trainee dan sebagainya...
Minda anda sudah terbuka? Think Further...~

Sama ada anda penceramah motivasi, fasilitator program motivasi, penulis buku motivasi, penulis blogger motivasi, atau apapun, anda tetap menjadi 'Motivator'... Sekurang-kurangnya, anda menjadi penyuntik semangat kepada insan-insan lain...

Jika anda merasakan orang akan menggelarkan diri anda 'Poyo' dengan gelaran anda itu (apa sahaja gelaran baik), maka anda di kongkong oleh persekitaran anda!

'Kita adalah apa yang kita Fikir!'

Sama-Sama Fikir | Merendah Diri itu Tuntutan Agama, tapi jangan sampai Menghina Diri ^_^'

M.A 
sumber : mohdalliph.blogspot.com