Sunday, August 29, 2010

Kemenangan Ramadhan (Siri Akhir)

Salam...Apa khabar semua? Di harapkan sihat sejahtera.. Terus bersemangat di bulan mulia ini..? Alhamdulillah... Kali ini, kisah episod akhir kemenangan kita.. Sengaja saya ingin membahagikan kepada 3 siri, agar kita akan sentiasa ingat-mengingati ^^'


Jika ada antara kita, baru pertama kali melawat blog ini, anda di sarankan agar membaca dahulu kisah ini pada siri 1 dan siri 2..Semoga ianya membawa manfaat pada saya, anda dan seluruh masyarakat.. Kisah akhir ini, ingin melihat tahap 'Ketaqwaan' kita sebagai hamba-Nya..



7) Level of 'TAQWA'
Pada siri 1, ada ayat yang di tutup 'agar kamu bertaqwa', bahawa tujuan utama Bulan Mulia ini adalah untuk membangunkan kesedaran Taqwa di dalam peribadi setiap muslim.



Ubay bin Ka'ab pernah berkata kepada Saidina Umar 'Bahawa orang yang bertaqwa itu seperti orang yang berjalan di tempat yang banyak durinya. Kanan-kiri, bawah-atas ada duri'
Banyak ayat dalam Al Qur’an yang menekankan pentingnya bersikap taqwa:- 
(i) Di pembukaan surah Al Baqarah, Allah SWT menceritakan sifat-sifat orang yang bertaqwa. 
(ii) Dalam surah Ali Imran:133, Allah SWT menegaskan bahawa syurga disediakan untuk mereka yang bertaqwa: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” 
(iii) Dalam surah Al Hujuraat:3, Allah SWT menunjukkan bahawa manusia yang paling mulianya adalah orang-orang yang paling bertaqwa. 
(iv) Dalam surah Al Qashash:83, Allah SWT menerangkan bahawa kemenangan itu hanya milik orang-orang yang bertaqwa: “Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” 
(v) Dalam surah Al Qalam:34, Allah SWT menceritakan lagi indahnya syurga yang dipersiapkan untuk mereka yang bertaqwa: “Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.”
Penutup
Jelasnya, Ramadhan adalah nikmat paling agung, sekaligus tetamu agung yang tiba setahun sekali. Di dalamnya banyak kesempatan bagi orang-orang beriman untuk meningkatkan iman dan membersihkan dosa-dosa dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Bukan sekadar berpuasa, tetapi banyak ibadah Ramadhan yang diajarkan Allah SWT dan Rasul-Nya. Seperti ibadah solat malam, i’tikaf, banyak bersedekah, mengkhatamkan Al-Qur’an dan sebagainya. Siapa yang bersungguh-sungguh melaksanakan semua itu, kemenangan pasti akan dia capai. Sebaliknya siapa yang mengabaikan semua itu, dia sendiri yang rugi. Ingat bahawa tidak ada yang boleh menjamin  seseorang untuk hidup hingga ke bulan Ramadhan tahun hadapan. 
Kerana itu, ketika kita diberi kesempatan Ramadhan tahun ini, janganlah sekali-kali kita sia-siakan. Bersegeralah untuk beramal. Bersungguh-sungguhlah untuk menggunakan kesempatan ini secara maksima. Semoga Allah swt. menerima amalan kita semua. 

Amiin. Wallahu a’lam bishshawab...~



No comments:

Post a Comment