Tuesday, August 24, 2010

Kemenangan Ramadhan (Siri 1)

Salam...Syukur Alhamdulillah...
Kita masih di beri kesempatan untuk menunaikan puasa pada hari ini ^_^'

Di kesempatan ini, penulis ingin berkongsi sedikit pandangan berkenaan kisah kemenangan kita pada bulan Ramadhan ini (InshaAllah). Kisah ini bukanlah pendapat peribadi semata-mata, tetapi hasil daripada tazkirah Ramadhan di Surau2 mahupun Masjid2 yang di kunjungi, pembacaan buku dan internet, dan sebagainya. Di harapkan para pembaca tidak melihat 'kesempurnaan' pada diri penulis, kerana kita semua insan lemah dan tidak terlepas dengan dosa-dosa :( 

Walau bagaimanapun, atas inisiatif ingin berkongsi sesuatu dan ini adalah salah satu cara untuk berdakwah, jadi penulis ingin mengambil kesempatan yang ada, selagi masih ada hayat di dunia ini. kita mulakan dengan Ayat yang sangat familiar tatkala Ramadhan tiba =)
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(QS. Al Baqarah:183).

Kata 'qutiba' menunjukkan makna bahawa ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib. Wajib kerana itu adalah fitrah manusia. Allah SWT yang menciptakan manusia , Dialah yang lebih tahu hakikat fitrah ini. Dan Dialah yang lebih tahu rahsia di wajibkan berpuasa.
Kerana itu tidak ada pilihan lain bagi manusia kecuali harus berpuasa. (kecuali sebab-sebab tertentu) Kerana itu pula Allah berfirman: 'kamaa kutiba ‘alalladziina min qablikum. Ertinya bahawa manusia sebelum kita juga diwajibkan berpuasa.
Dalam pelbagai peristiwa sejarah di zaman Rasulullah saw. kita selalu di beri 'tahu' bahawa kemenangan demi kemenangan terjadi di saat umat islam sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Ada apa dengan Ramadhan? Dan saya juga pasti, Ramai di kalangan ustaz-ustaz memberi tazkirah tarawikh di surau-surau mahupun masjid-masjid berkenaan hal peperangan di kala Ramadhan.
Kemenangan pada kali ini lebih menjurus kepada diri kita, diri keluarga kita dan masyarakat kita amnya. Kemenangan apa ya?
1) Kemenangan ke atas Nafsu
Dalam kata 'ashiyam' pada ayat di atas terkandung makna 'alhabsu' yang bermaksud menahan. Seorang yang berpuasa, pasti sedang menahan nafsu dengan segala dimensi dirinya. Bukan hanya nafsu makan dan minum, tetapi nafsu hubungan seks dan nafsu memandang yang haram. Perhatikan diri kita ketika sedang berpuasa. Apa yang kita tahan? Bukankah kita sedang menahan diri dari yang halal? Makan dan minum itu halal bagi kita. Berhubungan seks dengan isteri kita juga halal (bagi yang sudah berkahwin ^_^'), Tetapi kita tahan di siang harinya. Dan kita mampu menahannya. Apa makna semua ini? Di sini kita nampak bahawa kita sedang bertarung dengan nafsu kita. Kita sedang berusaha mengendali dan mengawalnya.
Sekalipun nafsu itu meronta-ronta memanggil kita untuk makan di siang hari yang panas, kita tetap mengawalnya sehingga azan maghrib. Apabila kita mampu lakukan, sungguh tidak ada alasan bagi kita untuk terjatuh kepada yang haram, hanya kerana godaan nafsu. ^_^'
2) Kemenangan ke atas Syaitan
Nabi SAW bersabda: “Bila Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup, sementara syaitan-syaitan diikat.” (HR.Bukhari-Muslim).
Suasana seperti ini menggambarkan betapa Ramadhan benar-benar membawa keberkatan bagi umat Islam. Terasa bahawa syaitan benar-benar diikat. Syaitan tidak boleh bergerak dengan berleluasa. Mengapa?
(a) Nabi SAW bersabda lagi : 'wash shawmu junnatun' (puasa adalah penangkal dari dosa dan api neraka). Sambung Nabi SAW lagi : 'Maka ketika kalian berpuasa hendaklah jangan berkata kotor dan tidak mengumpat. Bila ada orang mencaci katakan kepadanya, 'maaf aku sedang berpuasa…' (HR. Bukhari-Muslim). Jika syaitan masih ada di sebelah kita, mungkin juga 'gosip2' yang kita bualkan lebih banyak. kan? ^_^' Lebih-lebih lagi di 'mukabuku' :p
(b) Kerana nafsu pada bulan Ramadhan mampu dikawal. Apabila nafsu dapat dikawal, amal-amal soleh akan meningkat di mana-mana. Orang yang jarang-jarang solat subuh di masjid, tiba-tiba terdetik untuk solat subuh berjemaah di masjid. Orang yang jarang ke surau juga akan mudah ke surau. Agak-agak kalaulah Syaitan ada di samping kita? Mungkin banyak pula alasan-alasan kita untuk membuat Ibadah.
3) Pahala yang di Gandakan
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Setiap amal anak Adam -selama Ramadhan – akan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali ganda, bahkan sampai tujuh ratus kali ganda. Kecuali puasa, Allah berfirman: Puasa itu untuk-Ku, dan Aku langsung yang akan memberikan pahala untuknya.” (HR. Muslim). 
Maksudnya di sini pahala puasa bukan hanya dilipatgandakan sahaja, malahan lebih dari itu, Allah SWT berjanji akan memberikan pahala tanpa batas. (subhanallah!). Bayangkan berapa pahala yang akan di perolehi seseorang sepanjang hari berpuasa, bersedekah, menegakkan amal-amal wajib lalu ditambah pula dengan amalan sunnah. Di mana semua itu dilipatgandakan tujuh ratus kali ganda (subhanallah!).
Bagaimana jika seorang muslim membaca Al Qur’an sehari lebih dari satu juz? Rasulullah SAW menerangkan bahawa pahala membaca Al Qur’an akan di hitung perhuruf. Setiap huruf satu kebaikan, dan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lganda hingga tujuh ratus kali ganda (subhanallah)..~ 

*Akan bersambung di siri ke-2 (nantikannya). Jika baik beritahu kawan, jika tidak baik @ salah sila beritahu pada kami ^_^' Email kami di EQ Sutra

No comments:

Post a Comment