Saturday, August 21, 2010

Seruan Untuk Fasa ke-2


Salam..Syukur Alhamdulillah...
Apa khabar anda hari ini? Bersedia untuk ke fasa ke-2 Ramadhan? atau masih melakukan sedikit 'Dosa' pada fasa pertama @ fasa 'Rahmat'...

Kita masih ada peluang lagi... InshaAllah... Hidupkan lah Ramadhan anda ^_^'

NABI Muhammad SAW bersabda:

“Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu dua malaikat yang menyeru seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin.

Katanya: “Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin.

Katanya: “Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah.” (Abu ad-Dardaa')

Dalam menghadapi kehidupan dunia seharian, kita mestilah sentiasa berwaspada terhadap pujukan syaitan. Jangan mudah terpedaya dengan perkara yang melalaikan daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan yang berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya. Rasulullah SAW menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari terdapat dua malaikat yang menyeru manusia supaya mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mencapai keredhaan Allah.

Manusia juga diseru supaya sentiasa mengambil ingatan bahawa pendapatan seharian yang diperoleh secara halal meskipun sedikit sebenarnya adalah jauh lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi kemudian melalaikan manusia itu daripada mengerjakan amal ibadat.

Sesungguhnya manusia yang sentiasa membelanjakan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya untuk jalan Allah akan sentiasa didoakan oleh malaikat semoga Allah memberikan balasan berlipat ganda kepadanya, tetapi sebaliknya kepada mereka yang bersifat bakhil, didoakan agar ditimpa kerugian besar.

Di dalam bulan mulia ini, perbanyakkanlah sedekah.. Mungkin dari sudut kewangan mahupun sumbangan tenaga.. Jika kita selalu memasukkan RM1 di tabung-tabung masjid pada setiap hari jumaat @ kuliah-kuliah agama, tidak salahnya jika kita sumbang RM10 pula hanya untuk bulan ini.. Korbankanlah segalanya pada bulan ini sebanyak yang mungkin kerana ganjarannya besar di sisi Allah..

Dan ketahuilah, selepas solat sunat tarawikh kita sering berdoa agar Allah Redha dengan kita dan tempatkan kita di dalam syurga, serta berharap agar Allah tidak murka pada kita supaya tidak terjatuh ke dalam Api Neraka... Inilah doa yang Nabi SAW kita ajarkan... Ingatlah, Redha Allah bergantung kepada Redha Kedua Ibubapa kita... Hubungan antara manusia kita harus 'di jaga' agar dakwah Islam itu berkembang dengan 'Indahnya'. InshaAllah...

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Edit Semula: EQ Sutra TC 

Mari Berfikir | Apakah tugas dakwah itu terletak pada Ustaz atau Ustazah? Jika jawapan anda Ya, (agak kurang tepat, mungkin).. Tugas dakwah adalah tugas kita semua.. Tidak kira anda seorang penyapu sampah, penoreh getah, pendidik, arkitek, jurutera, dan sebagainya... Kita ingin Umat akhir zaman ini penuh 'Kejayaan' dunia dan akhirat...InshaAllah ^_^'

No comments:

Post a Comment